Masalah Uri Rendah

Pembentukan uri terjadi selepas berlaku implantasi.Pada awal kandungan sel-sel uri akan aktif terbentuk dan membesar berbanding janin.

Fungsi Uri pada kandungan

1.Dari awal kandungan sehingga 3 bulan ,ovari ibu akan berfungsi  mengeluarkan hormon dan zat yang diperlukan oleh kandungan tetapi selepas itu uri yang mula berkembang akan mengambil alih tempat itu .Uri melepaskan hormon penting untuk kesihatan kandungan dan jika uri tidak kuat maka keguguran boleh berlaku dan jika keadaan ini dapat dikesan awal maka perkara ini dapat dielakkan.

2.Sebagai perantara antara ibu dan bayi.Darah ibu mengalir  kepada janin dan bahan kumuh janin pula disalurkan kepada ibu melalui uri.Bekalan oksigen  dan zat makanan dihantar kepada janin melalui plasenta.Jika ibu menghidap penyakit darah tinggi semasa mengandung,uri turut terganggu di mana salur darah dalam uri menjadi sempit dan apabila darah tidak dapat mengalir sempurna maka bayi kemungkinan akan menjadi kecil saiznya kerana kurang zat penting.

3.Fungsi lain uri juga sebagai penapis darah sebelum sampai kepada janin.Segala bahan toksik pada bayi di tapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi
Kedudukan uri yang betul

Semakin besar kandungan m,aka saiz rahim juga akan meningkat.Bila berusia 28 minggu rahim akan megalami pembahagian kepada 2 iaitu upper segment dan lower segment.Kedudukan yang baik atau betuil ialah pada kedududukan upper segment iaitu segmen atas jika uri di bahagian bawah maka uri dikatakan rendah.Semasa bersalin segment atas rahim mengalami kontraksi dan segman bawah akan terbuka dan kontraksi tadi menolak bayi ke bawah pintu rahim.

 


Simptom-simptom uri rendah

Uri rendah menyebabkan ia sering berdarah dan pendarahan yang banyak akan membuatkan ibu dan bayi lemah.Selain itu uri yang rendah akan cepat rosak dan tisunya menjadi reput.hal ini menjejaskan kandungan.Sekiranya sering berdarah dan belum cukup bulan maka ibu akan dipantau oleh doktor.Ibu juga dilarang berjalan jauh dan bekerja berat.Sekiranya ultrasound menunjukkan uri terlampau rendah maka pembedahan ceasarean akan dilakukan.
kenapa berlaku uri rendah dan siapa yang berisiko?

a. Ibu yang mempunyai parut pada rahim(akibat pembedahan)
b.Spontan dan tiada siapa yang dapat tahu puncanya hal ini akan terjadi
c.Sekiranya kandungan yang sebelumnya ibu pernah mengalami uri rendah maka untuk kelahiran berikutnya ibu akan terdedah akan risiko yang sama
 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s